GEORGE TOWN, 5 Jun (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari hari ini menarik balik saman terhadap aktivis Ravinder Singh serta Khoo Salma Nasution berhubung kenyataan mereka yang didakwa memfitnah beliau pada 2023.
Zairil berkata beliau menarik balik saman itu selepas kedua-duanya mengakui bahawa kenyataan yang dibuat oleh mereka semasa Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang pada 2023 adalah tidak berasas.
“Hari ini di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, kes saman saya terhadap Khoo dan Ravinder telah selesai. Mereka telah menarik balik kenyataan itu dan menzahirkan kekesalan dengan setulus hati berhubung perkara tersebut.
“Oleh itu, saya telah bersetuju untuk menarik balik saman terhadap mereka. Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua agar sentiasa mengesahkan fakta sebelum membuat dakwaan yang tidak berasas dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Menerusi kenyataan bersama, Ravinder dan Khoo mengakui dakwaan terhadap Zairil adalah tidak berasas serta menzahirkan kekesalan mereka atas sebarang aib, kesulitan atau kerosakan reputasi yang dialami oleh Zairil.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial