Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Fahaman Malaysia MADANI Semakin Kukuh Di Komuniti Demit Setia Bakti

03/06/2025 07:25 PM

KOTA BHARU, 24 Mei (Bernama) -- Tahap kefahaman komuniti MADANI Demit Setia Bakti di sini terhadap konsep Malaysia MADANI, menunjukkan peningkatan ketara hasil beberapa siri ceramah yang diadakan sejak tahun lepas.

Ketua Komuniti MADANI Demit Setia Bakti Mohamad Daud Omar berkata usaha memberi penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan, menjadi fokus utama pihaknya dalam memastikan penduduk setempat mendapat maklumat yang sahih dan jelas.

“Kita mahu pastikan komuniti setempat mendapat maklumat yang betul mengenai Malaysia MADANI dan tidak terpengaruh dengan maklumat tidak tepat yang mudah tersebar di media sosial.

“Dalam dunia hari ini, pelbagai maklumat palsu boleh diviralkan dan ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Program Jiwa MADANI Demit Setia, di sini, hari ini.

Program itu turut mendapat kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu serta Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada kira-kira 100 penduduk setempat.

Mohamad Daud berkata sebagai pihak yang paling hampir dengan rakyat di peringkat akar umbi, Komuniti Madani juga memikul tanggungjawab penting dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Program dan ceramah yang kita anjurkan secara berkala, bukan sahaja memberi pendedahan tentang dasar-dasar kerajaan, tetapi juga berperanan sebagai platform untuk merapatkan hubungan sesama komuniti.

“Kita mahu komuniti ini bersatu padu agar keharmonian dan keamanan yang dikecapi dapat dikekalkan,” katanya.

Pada program itu, pihak penganjur turut mengagihkan bakul makanan kepada penduduk yang hadir, sebagai tanda penghargaan dan sokongan berterusan kepada komuniti.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan