KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Jabatan Pengisian Islam TV3 dan Astro Radio News berjaya melangkah ke pertandingan akhir bagi merebut gelaran juara Pesta Pantun HAWANA-DBP, yang julung kali diadakan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.
Pemenang akan diumumkan pada 14 Jun ini sempena Hari Kemuncak Sambutan HAWANA 2025.
Juara akan membawa pulang wang tunai RM3,000 manakala naib juara RM2,000 dan masing-masing juga menerima piala serta sijil.
Sementara itu, kumpulan pemantun Radio Televisyen Malaysia (RTM) menduduki tempat ketiga manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meraih tempat keempat.
Anugerah Pemantun Terbaik diungguli Nurul Amilin Idrus, yang dikenali dengan nama pentas Melati Suntingan, daripada RTM dan Anugerah Busana Terbaik dirangkul pasukan Jabatan Pengisian Islam TV3.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial