Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Penganjur Konsert, Acara Berskala Besar Digalak Mohon CEMI - Teo

31/05/2025 05:01 PM

KULAI, 31 Mei (Bernama) -- Kementerian Komunikasi menggalakkan penganjur konsert serta acara berskala besar dan berimpak tinggi untuk mendaftar dengan inisiatif baharu iaitu Concert and Event in Malaysia Incentives (CEMI) bagi menikmati rebat kewangan.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata inisiatif itu bukan sahaja terpakai bagi penganjuran konsert dan acara bertaraf antarabangsa, tetapi juga melibatkan penggiat seni tempatan dalam program berskala besar.

Beliau berkata sebanyak RM10 juta diperuntukkan setahun dan permohonan telah dibuka sejak 15 Mei lepas hingga 10 Julai depan.

"Program ini (CEMI) dikendalikan MyCreative Ventures (MyCV) dengan sokongan Kementerian Komunikasi yang memberi tumpuan kepada penganjuran konsert dan acara berimpak tinggi khususnya melibatkan kapasiti melebihi 15,000 penonton dengan penglibatan artis tempatan dan antarabangsa.

“Inisiatif baharu ini diperkenalkan kerajaan untuk merancakkan lagi industri seni tanah air," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Sumbangan Murid Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2024 Peringkat Parlimen Kulai di sini hari ini.

Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata terdapat beberapa syarat utama perlu dipatuhi penganjur bagi melayakkan mereka menerima insentif itu termasuk perlu mempunyai pengalaman dalam acara berskala besar berkapasiti 15,000 orang dalam tempoh tiga tahun dari tarikh permohonan.

"Bagi pembiayaan artis antarabangsa, penganjur perlu membelanjakan minimum 20 peratus daripada jumlah Qualifying Malaysian Concert and Event Spend (QMCES) dengan penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus rakyat Malaysia untuk layak mendapat 30 peratus daripada perbelanjaan QMCES sebenar atau maksimum RM1.5 juta (mana-mana yang lebih rendah).

“Rebat itu akan disalurkan sepenuhnya selepas projek selesai dan laporan akhir diluluskan,” katanya.

Beliau berkata bagi pembiayaan artis tempatan, penyaluran rebat adalah sama namun penganjur perlu membelanjakan 70 peratus daripada jumlah QMCES di Malaysia untuk layak mendapat 30 peratus daripada perbelanjaan QMCES sebenar atau maksimum RM1 juta (mana-mana yang lebih rendah).

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan