Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perbincangan Pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2 Berjalan Lancar - KSN

27/05/2025 04:00 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Perbincangan pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 berjalan lancar dan secara konstruktif dengan ketua-ketua negara berkongsi pandangan dan cadangan masing-masing, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata isu utama yang diberi penekanan ialah keperluan mendesak untuk mencapai gencatan senjata di Gaza, memperkukuh kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, keterjaminan makanan dan industri halal.

“Semuanya berjalan lancar dan baik. Kita ambil maklum semua input yang dikemukakan dan kenyataan akhir akan dikeluarkan kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang kemuncak itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin ASEAN yang menghadiri mesyuarat tertinggi ini ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr,  Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra.

Turut hadir Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao sebagai pemerhati dan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Dari GCC ialah Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa dan Putera Mahkota Kuwait Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Oman Sayyid Asaad bin Tarik al Said, Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al Saud serta Ahli Majlis Tertinggi UAE dan Pemerintah Ras Al Khaimah (RAK) Sheikh Saud bin Saqr Al Qasimi juga akan menyertai sidang kemuncak itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan