Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pertemuan PM Anwar Dan Putera Mahkota Kuwait Tumpu Usaha Memperkukuh Hubungan Dua Hala, Pelaburan 

26/05/2025 08:28 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Kuwait Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di sini.

Pertemuan selama kira-kira 20 minit itu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Kuwait, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan serta pengurusan bencana.

Kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di rantau ini termasuk situasi di Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman.

Terdahulu, Anwar dan Sheikh Sabah Khaled menyaksikan majlis pertukaran dokumen Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan