Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

ASEAN Terima Pakai Deklarasi Kuala Lumpur 2045 Untuk Rangka Hala Tuju Jangka Panjang

26/05/2025 06:08 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Para pemimpin Asia Tenggara hari ini menerima pakai Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, yang menjadi asas penting dalam merangka pembangunan dan kerjasama serantau bagi tempoh dua dekad akan datang.

Deklarasi yang dimuktamadkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini itu melambangkan pencapaian penting dalam komitmen blok serantau ke arah membina komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpaksikan rakyat.

Visi baharu ini akan menggantikan ASEAN 2025: Forging Ahead Together, yang telah diterima pakai pada tahun 2015.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan