Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Menteri-menteri Luar Tiba Di Kuala Lumpur Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

24/05/2025 12:48 PM

SEPANG, 24 Mei (Bernama) -- Menteri-Menteri Luar dari Bahrain, Singapura dan Indonesia tiba di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan.

Menteri Luar Bahrain Dr Abdullatif Rashid Al Zayani adalah antara diplomat terawal yang tiba di Malaysia dan ke 

Menteri Luar Bahrain Dr Abdullatif Rashid Al Zayani, merupakan antara diplomat terawal yang tiba apabila pesawatnya mendarat di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.20 pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Kompleks Bunga Raya.

Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan yang diiringi isterinya, tiba di Terminal 1 KLIA pada 10.12 pagi, diikuti oleh Menteri Luar Indonesia Sugiono, yang tiba pada 11.34 pagi.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei, bersama-sama Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang kedua, serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan.

Sidang Kemuncak ASEAN akan menghimpunkan para pemimpin negara anggota bagi membincangkan perkembangan serantau serta merangka hala tuju masa depan kerjasama ASEAN.

Dilaporkan bahawa Perdana Menteri China, Li Qiang, akan hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.

Ini merupakan kali kelima Malaysia mempengerusikan ASEAN, selepas menjadi pengerusi pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan