Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sidang Kemuncak ASEAN: KTMB Tangguh Kerja Naik Taraf Laluan Kepong–Salak Selatan

23/05/2025 08:25 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan bagi laluan di antara Stesen Kepong dengan Stesen Salak Selatan selama tiga hari yang dijadualkan bermula esok ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh berkenaan, jadual dan perkhidmatan tren KTM Komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) akan berjalan seperti biasa.

Menurut KTMB, penangguhan itu dibuat bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tren di Lembah Klang sepanjang tempoh Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin dalam kenyataan itu berkata pihaknya komited untuk memastikan kelancaran operasi tren penumpang, terutama sepanjang tempoh penganjuran acara berprofil tinggi seperti Sidang Kemuncak ASEAN.

“Penangguhan kerja-kerja ini dibuat selepas mengambil kira penutupan beberapa jalan utama di sekitar Lembah Klang serta saranan kerajaan agar orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Langkah ini juga adalah sebahagian daripada sokongan KTMB terhadap usaha negara dalam memastikan penganjuran sidang kemuncak ini berjalan lancar,” katanya. 

Ad Banner

KTMB memohon maaf atas sebarang kesulitan, dan orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi www.ktmb.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi KTMB untuk maklumat lanjut.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan