Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Ahmad Zahid Ajak Orang Ramai Sertai Hari TVET Negara Di MITC Pada 11-13 Jun

23/05/2025 02:38 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak orang ramai menyertai Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 selama tiga hari di Melaka bermula 11 Jun ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sambutan bertemakan "TVET Pilihan Utama Kerjaya" diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dari 8 pagi hingga 8 malam itu menjanjikan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.

“Jom bawa keluarga dan rakan-rakan untuk rasai sendiri pengalaman bersama TVET dan terokai peluang kerjaya dari seluruh ekosistem TVET Malaysia. Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana,” katanya.

Kerajaan mengisytiharkan 2 Jun sebagai Hari TVET negara untuk menghargai sumbangan serta kejayaan bidang itu dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan