Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kempen Kesedaran Jenayah Jalanan Allianz: 800 Wanita Diperlengkap Kemahiran Keselamatan

22/05/2025 09:55 AM

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Allianz Malaysia Berhad menerusi cabang tanggungjawab sosial korporatnya Allianz4Good, dengan kerjasama Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya Kuala Lumpur (RSMC) telah memperlengkap lebih 800 wanita dengan kemahiran keselamatan penting dalam Kempen Kesedaran Jenayah Jalanan untuk Wanita kali ke-8, mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Allianz Malaysia memaklumkan kempen yang berlangsung di Cheras Leisure Mall baru-baru ini, bertujuan membina komuniti yang lebih selamat untuk golongan wanita dan membantu mereka mengenal pasti serta menangani situasi berbahaya melalui demonstrasi secara langsung dan modul keselamatan praktikal.

Ketua Allianz4Good Ng Siew Gek berkata keselamatan wanita merupakan tanggungjawab bersama antara individu, komuniti dan juga entiti korporat.

“Menerusi inisiatif ini, kami mahu mewujudkan sebuah platform inklusif dengan topik penting seperti keselamatan jalan raya dan keselamatan diri, dapat diakses semua lapisan masyarakat. Kami berharap program ini dapat meningkatkan kesedaran dan mendorong kepada perlakuan yang lebih selamat,” katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu Pengasas dan Presiden RSMC Kapten K. Balasupramaniam dalam kenyataan yang sama berkata memperkasakan wanita dengan kemahiran perlindungan diri, adalah suatu yang penting dalam membentuk komuniti lebih selamat.

“Menerusi kerjasama kami dengan Allianz Malaysia, kami dapat menyediakan pengalaman yang praktikal dan memberi impak besar dalam meningkatkan keselamatan diri dan keselamatan jalan raya. Bersama-sama, kita melangkah ke arah persekitaran yang lebih selamat untuk semua,” katanya.

Ad Banner

Pada kempen pada tahun ini, buat kali pertamanya mereka memperkenalkan komponen keselamatan jalan raya, seperti pemeriksaan keselamatan kenderaan dan tip perjalanan selamat khusus untuk wanita.

Peserta juga menyertai pelbagai modul termasuk keselamatan semasa kejadian ragut beg tangan, cara menggunakan penyembur lada, keselamatan beg perjalanan serta teknik mengesan kamera tersembunyi dan menyelamatkan diri sekiranya diserang di dalam lif.

Kempen ini turut menekankan risiko seperti pemanduan dalam keadaan mabuk dan terlelap sejenak atau microsleep, serta memberikan panduan untuk mengurangkan kerentanan di jalan raya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan