Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jenazah Tun Ahmadshah Selamat Dikebumikan Di Kampung Inanam Laut

21/05/2025 06:40 PM

KOTA KINABALU, 21 Mei (Bernama) -- Jenazah Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Inanam Laut di sini pada 2.30 petang tadi.

Jenazah Allahyarham Ahmadshah sebelum itu dibawa ke Masjid Negeri kira-kira 10.30 pagi untuk disolatkan dan diberi penghormatan terakhir.

Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-10 Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hadir memberi penghormatan terakhir dan menunaikan solat jenazah yang diimamkan Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar di masjid itu.

Selain Juhar dan Hajiji, solat jenazah turut disertai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Kadzim M Yahya, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif, pemimpin negeri, waris, ahli keluarga dan kenalan.

Ahmadshah, 78, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 8.45 malam tadi, dan berita pemergian beliau disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong menerusi satu kenyataan.

Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Inanam pada 9 Dis 1946 meninggalkan empat anak manakala isterinya, Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar meninggal dunia pada 2020.

Ad Banner

Ahmadshah mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan pada 1 Jan 2003 dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyambung khidmat untuk penggal kedua bermula 1 Jan 2007 hingga 31 Dis 2010.

Ahmadshah yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Indiana State University, Amerika Syarikat merupakan bekas penjawat awam dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah sebelum bersara pada 9 Dis 2002.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan