Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Rakyat Malaysia Di India Dan Pakistan Dinasihat Hubungi Kedutaan

10/05/2025 03:59 PM

SEREMBAN, 10 Mei (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang berada di India dan Pakistan, khususnya pelajar dinasihatkan supaya menghubungi pihak kedutaan di negara berkenaan dan mengemukakan maklumat lengkap bagi memudahkan urusan komunikasi serta bantuan jika diperlukan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata mereka perlu berhati-hati dan tidak mengunjungi kawasan berisiko susulan serangan rentas sempadan antara kedua-dua negara yang dilaporkan baru-baru ini.

“Rakyat Malaysia yang berada di sana khususnya pelajar dinasihatkan supaya mengelak daripada berkunjung ke tempat-tempat berbahaya terutamanya di Kashmir, batalkan dulu perjalanan ke sana.

“Setakat ini tiada rakyat Malaysia terjejas (dalam serangan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Senawang 3 di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia menyeru agar India dan Pakistan segera menghentikan ketegangan dan tidak memburukkan lagi keadaan di sana.

Mohamad berkata Wisma Putra dalam kenyataan baru-baru ini turut memaklumkan kerajaan mengikuti rapat perkembangan terkini mengenai peningkatan ketegangan antara India dan Pakistan, serta menggesa kedua-duanya untuk bertenang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan