Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Pekerja

01/05/2025 11:54 AM

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja di negara ini. 

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah hari ini negara menghargai dedikasi dan komitmen pekerja yang menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

“Setiap titik peluh yang dicurahkan adalah asas kepada pembangunan yang kita nikmati pada hari ini. Terima kasih atas jasa anda semua,” titah Seri Paduka Baginda.

Ad Banner

“Pekerja Kesuma Bangsa” dipilih sebagai tema Hari Pekerja 2025 dengan sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini dihadiri lebih 10,000 pekerja awam dan swasta daripada pelbagai sektor.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan