AM > BERITA

SEORANG LAGI JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DI TANAH SUCI

11/06/2024 05:25 PM
Daripada Noor Shamsiah Mohamed @ Ismail

MAKKAH, 11 Jun (Bernama) -- Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci semalam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak lima orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata jemaah berkenaan Zuraida Mohd Haris, 37, dari Ampang, Selangor meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz, Makkah pada 8.15 malam.

“Allahyarham meninggal dunia disebabkan pendarahan otak sebelah kanan selepas enam hari mendapatkan rawatan.

“Jenazah disembahyangkan di Masjidil Haram sebelum dikebumikan selepas subuh, 5.07 pagi tadi di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Mohd Na'im berkata lima jemaah haji Malaysia meninggal dunia di sini akibat saluran darah utama pecah, serangan jantung, kegagalan fungsi organ dan pendarahan otak.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan