AM > BERITA

Edisi Terhad Honor Magic6 Pro Cloud Purple Boleh Didapati Mulai 31 Mei

21/05/2024 07:47 PM

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Susulan kejayaan pelancarannya pada Mac lepas, HONOR Magic6 Pro bakal menawarkan edisi terhad Cloud Purple dan pembelian edisi terhad itu kini tersedia di HONOR Experience Stores di seluruh negara selaku pengedar sah serta di platform dalam talian bermula 31 Mei.

HONOR dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Cloud Purple yang diinspirasikan daripada keindahan matahari terbit di sebuah tasik dengan rona lavender lembut daripada pantulan air yang tenang dan awan yang berarak. 

Selain warna edisi terhad itu, HONOR juga bakal mengeluarkan kemas kini MagicOS baharu untuk HONOR Magic6 Pro tidak lama lagi.

“MagicOS mendapat peningkatan untuk membawakan aplikasi baharu yang tersedia di Magic Portal dan juga ciri-ciri baharu yang lain.

“Sementara muat turun untuk MagicOS 8.0 kepada HONOR Magic V2 dan HONOR Magic5 Pro sedang berlaku secara berperingkat dengan sesetengah pengguna sudah menerima kemas kini perisian berkenaan,” menurut kenyataan itu.

HONOR Magic6 Pro juga didatangkan dengan keupayaan kamera mengagumkan yang sesuai untuk sportografi kerana kemampuan merakam aksi pantas dengan kamera belakang yang mengetengahkan kamera utama dinamik Super  50 MP dan kamera ultra lebar 50MP.

Sementara itu, kamera tele-falcon 180MP yang menyokong sehingga 100X zum digital memastikan rakaman gambar dari jauh dirakamkan dalam perincian definisi tinggi.

"Satu lagi ciri HONOR Magic6 Pro yang menjadi perhatian adalah skrin Pelindung NanoCrystal HONOR yang mampu menahan 10 kali lebih rintangan jatuh berbanding kaca biasa.

"Kualiti ketahanannya disahkan oleh pensijilan Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability SGS meliputi pelbagai senario,”menurut kenyataan itu.

HONOR Magic6 Pro dikuasakan oleh bateri silikon karbon generasi kedua yang disokong oleh pengecasan pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W untuk bertahan sepanjang hari tanpa perlu kerap mengecas. 

"Hanya dalam tempoh 40 minit peranti ini sudah mencapai bateri penuh,” menurut kenyataan itu.

HONOR Magic6 Pro juga membawa AI ke tahap seterusnya dengan Magic Portal, ciri intuitif yang memahami mesej teks, imej dan tabiat pengguna

"Sebagai contoh, pengguna boleh menyalin alamat dan menyeretnya terus ke dalam aplikasi navigasi pilihan seperti Google Map atau Waze. Ini memudahkan berbanding salin dan tampal alamat ke aplikasi navigasi,” menurut kenyataan itu.

HONOR Magic6 Pro dalam Cloud Purple dikuasakan cipset Snapdragon 8 Gen 3 dengan 12GB RAM dan storan 512GB dijual pada harga RM4,499.

Selain Cloud Purple, HONOR Magic6 Pro turut menawarkan warna Epi Green dan Black berserta hadiah percuma.

-- BERNAMA

 

(Penafian: Ini artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel berkenaan.)

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan