AM > BERITA

PM ANWAR HULUR SUMBANGAN KEPADA DADDY ROCK

11/05/2024 12:04 AM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelakon Shahrol Asikin Mohd Shariff atau lebih dikenali sebagai Daddy Rock, untuk kegunaan perubatan dan hariannya.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata sumbangan itu diserahkan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi pelakon itu, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.

"Mendoakan urusan pembedahan beliau dipermudah dan dikurniakan kesembuhan sesegera mungkin, insya-Allah," kata Anwar.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan