AM > BERITA

TEMUI HADIAH SEMPURNA UNTUK HARGAI IBU DI LAZADA

10/05/2024 08:20 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Hari Ibu bukan sekadar dirai untuk menghormati wanita yang membesarkan anak-anak malahan ia juga sebagai peluang sempurna bagi anak-anak menghadiahkan sesuatu istimewa sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan kepada ibu.

Oleh itu, Lazada mempunyai pelbagai barangan boleh dipertimbangkan untuk dihadiahkan mengikut minat dan hobi ibu masing-masing sama ada mereka seorang tukang masak yang hebat, handal berkebun atau peminat teknologi canggih.

Lazada memaklumkan untuk mereka baru bergelar ibu, selimut menyusu serba guna adalah barangan keperluan yang akan memudahkan mereka dalam memberikan penyusuan kepada bayi.

“Bagi kepentingan asas di bilik bayi, monitor bayi yang mempunyai lensa sudut lebar dan audio dua hala juga pilihan terbaik agar si ibu dapat memantau anak mereka, selain lampin materniti kerana pendarahan adalah perkara biasa selepas bersalin dan boleh berkekalan sepanjang lapan minggu.

“Oleh itu, memakai lampin materniti boleh membantu mereka berasa lebih selesa, namun cari jenama sesuai yang menawarkan keselesaan dan penyerapan maksimum supaya mengelakkan iritasi kulit,” menurut Lazada dalam kenyataan hari ini.

Untuk para ibu menggemari aktiviti masak, Lazada juga mempunyai beberapa pilihan yang boleh menjimatkan masa mereka di dapur seperti air fryer mampu milik, set pisau keluli tahan karat berkualiti tinggi serta perkakasan membuat pastri seperti mixer elektrik yang memudahkan proses menggaul bahan-bahan resepi. 

Sementara itu bagi para ibu yang handal berkebun, set berkebun ergonomik lengkap adalah kemestian kerana ia mudah dibawa ke mana-mana selain sangat berguna untuk semua keperluan berkebun seperti mencangkul, merumput, menggemburkan tanah dan menanam anak pokok.

“Jadikan juga pengalaman berkebun ibu anda lebih menarik dengan menghadiahkan pasu bunga seramik dan planter cantik dan menarik kerana ini boleh memberikan sentuhan mewah, selain kasut berkebun tahan lasak yang mengekalkan kaki kering ketika merumput dan menyiram pokok,” menurut kenyataan itu.

Memandangkan kesihatan ibu merupakan anugerah paling penting dalam memacu kecergasan mental dan fizikal, Lazada memaklumkan anak-anak boleh mempertimbang menghadiahkan peralatan senaman rumah supaya ibu kekal aktif dalam keselesaan dan privasi di rumahnya sendiri.

“Untuk pakaian sukan, mereka boleh memilih pakaian sukan daripada pelbagai warna dan reka bentuk  termasuk seluar yoga, baju senaman mudah kering dan seluar ketat manakala untuk peralatan senaman, tukar kepada peralatan lebih versatil seperti dumbel dan resistance bands yang menawarkan lebih lagi fleksibiliti untuk latihan kekuatan di rumah.

Pada masa sama, pemantauan kesihatan penting untuk membantu mereka mengoptimumkan rutin senaman, justeru gunakanlah fitness tracker agar ibu dapat memantau setiap langkah kesihatannya,” menurut kenyataan itu.

Lazada juga memaklumkan sempena Hari Ibu, pelbagai diskaun istimewa dan baucar boleh didapati di aplikasi e-plaftorm dagang itu untuk membolehkan orang ramai menikmati penjimatan tinggi termasuk penghantaran percuma ke destinasi mereka.

“Jika anda berubah fikiran, jangan risau! Lazada’s "Change of Mind" policy  membenarkan pemulangan barang tanpa kerumitan dengan bayaran balik penuh. Dengan pemulangan mudah dan harga terendah, Lazada menyenangkan beli-belah dalam talian supaya anda dapat melayari carian dengan mudah untuk temui hadiah sempurna yang mengatakan “Saya cintakan Ibu. Selamat Hari Ibu!,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan