AM > BERITA

MARRYBROWN TOM YAM CHICKEN KEMBALI DENGAN KEENAKAN RASA THAI

10/05/2024 06:56 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Pengendali rangkaian restoran makanan segera halal Malaysia, Marrybrown kembali dengan menu Marrybrown Tom Yam Chicken atas permintaan ramai untuk memuaskan keinginan rasa pedas rakyat Malaysia, bermula hari ini.

Pelancaran semula menu itu boleh didapati di seluruh negara, menawarkan hidangan klasik seperti Tom Yam Chicken, Tom Yam Chicken Burger, Tom Yam Porridge dan Tom Yam Fries, yang digabungkan bersama campuran rempah-ratus dan cili Thai.

Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown Daniel Chan berkata tahun ini, Marrybrown meningkatkan pengalaman menjamu selera dengan memperkenalkan Tom Yam Chicken Bucket, yang disediakan untuk berkongsi rasa cinta akan tomyam bersama rakan dan keluarga.

"Sebagai jenama buatan Malaysia, kepercayaan Marrybrown adalah untuk sentiasa menawarkan 'sesuatu yang berbeza' dan lazat kepada rakyat Malaysia.

 "Sejak pelancaran awal menu berperisa tomyam, sambutan diterima amat positif, penghargaan pelanggan terhadap rasa Thai memberi inspirasi kepada kami untuk memperkenalkan semula hidangan ini dengan sentuhan Malaysia, penambahan menu baharu iaitu Marrybrown Tom Yam Chicken Bucket," katanya dalam kenyataan hari ini.

Marrybrown Tom Yam Chicken Bucket baharu boleh didapati dalam pilihan enam, sembilan atau 12 ketul ayam goreng, lengkap dengan pai mangga, kentang goreng dan air teh lemon ais Heaven and Earth, bermula pada harga RM58.90.

Menu itu turut menampilkan Tom Yam Chicken Combo bermula RM18.50 yang menawarkan pilihan antara dua atau tiga ketul ayam goreng tomyam yang pedas dan dihidangkan bersama kentang putar.

Tom Yam Porridge Combo pula ialah semangkuk bubur tomyam yang enak berserta sekeping ayam goreng tomyam, bermula RM16.90, manakala Tom Yam Chicken Burger Combo bermula pada harga RM17.90 dengan sentuhan pedas pada burger klasik Marrybrown bersama kentang goreng.

Kesemua hidangan kombo termasuk secawan air teh lemon ais Heaven and Earth untuk menyeimbangkan rasa pedas rempah-ratus.

Sementara itu, Tom Yam Big Box berharga RM24.90 mengandungi seketul Tom Yam Chicken, Tom Yam Chicken Burger, kentang goreng bersaiz biasa, secawan air teh lemon ais Heaven and Earth dan kesemua hidangan kombo itu disertakan dengan pai mangga sedap yang boleh ditambah pada harga RM4.50.

"Kami teruja mengembalikan semula menu ini dan meneruskan tradisi inovasi masakan kami. Di Marrybrown, kami komited untuk meningkatkan penawaran dan memastikan pelanggan menikmati pengalaman menjamu selera yang terbaik. Kami berharap dapat memperkenalkan lebih banyak hidangan inovatif dan meningkatkan perkhidmatan kami," kata Chan.

Marrybrown kini menyajikan berjuta-juta pelanggan di lebih 500 restoran di 16 negara dengan matlamat memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman menjamu selera yang sempurna.

Maklumat lanjut mengenai Marrybrown, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari laman web https://marrybrown.com/ dan platform media sosial yang lain.

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini ialah artikel berbayar. Bernama tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel berkenaan.

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan