AM > BERITA

PM ANWAR, MB TERENGGANU ADAKAN PERJUMPAAN TERTUTUP

09/05/2024 06:01 PM

KUALA TERENGGANU, 9 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan menghadiri taklimat berhubung pembangunan negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini.

Ketibaan Anwar pada 3.37 petang disambut Ahmad Samsuri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Mengiringi Anwar ke taklimat itu ialah Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, serta barisan exco kerajaan negeri.

Taklimat yang berlangsung kira-kira satu jam 15 minit itu, turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar selepas ini dijadualkan hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat negeri Terengganu di perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan