AM > BERITA

CEO BERNAMA ZIARAH, SERAH SUMBANGAN PADA PETUGAS HIDAP KANSER PARU-PARU TAHAP 3

20/05/2024 12:11 PM

KOTA TINGGI, 9 Mei (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin hari ini menziarahi Pegawai Berita Bahagian Perancangan Strategik Lizawati Bahanan, yang menghidap kanser paru-paru tahap tiga di Felda Linggiu, di sini hari ini.

Nur-ul Afida bersama pengurusan Bernama, meluangkan masa kira-kira sejam di kediaman Lizawati dan menyerahkan sumbangan daripada Tabung Kebajikan Bernama,Tabung Kasih@HAWANA dan pihak insurans.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmatan Berita) Nasriah Darus, Ketua Khidmat Pengurusan dan Kewangan Bernama Sharifah Zaini Syed Zain, Pengurus Sumber Manusia Marzukhi Md Saleh, Timbalan Editor Eksekutif II Bernama Sh Nur Shahrizad Sy Mohamed Sharer dan Ketua Biro Bernama Johor Mohd Khairi Idham Amran.

Nur-ul Afida berkata sumbangan tersebut sedikit sebanyak diharapkan dapat meringankan beban Lizawati, dari segi perubatan dan sebagainya.

Beliau berkata Lizawati merupakan penerima ke-60 Tabung Kasih@HAWANA, yang mana Bernama merupakan pengendali tabung berkenaan dengan peruntukan disalurkan oleh Kementerian Komunikasi.

Beliau berkata seramai 100 penerima disasar bakal menerima manfaat Tabung Kasih@HAWANA sebelum sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 25 hingga 27 Mei ini.

HAWANA 2024 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan Sarawak, manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana.
Penganjuran tahun ini ialah edisi keempat selepas diperkenalkan di ibu negara pada 2018, dan sambutan berikutnya di Melaka (2022) dan Perak (2023).
Setakat ini, HAWANA 2024 telah menerima tajaan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, MTD Properties, GM Klang, Majlis Rekabentuk Malaysia, Celcom Digi, Wasco, Lembaga Perhutanan Malaysia, BMCC, Bank Islam,
Cahyamata Sarawak, MPOB, Public Bank, SPAN, Ninja Van, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak, Angkasa, Yayasan Peneraju, Tabung Pendidikan PTPTN
dan Agro Bank.
Tajaan turut diterima daripada Co-opbank Pertama, Tune Protect, Old Town White Coffee, Gardenia, UEM Edgenta, AEON, Bank Rakyat, Mr DIY, JPG. Air Asia,
KL Hip-Hop, Mamee, Holiday Villa, Sunway Lagoon Malaysia, Moma dan Anta.

Sementara itu, Lizawati, 47, ketika ditemui menzahirkan rasa terharu atas perhatian serta kasih sayang yang dicurahkan pengurusan Bernama kepadanya yang telah berkhidmat selama 24 tahun dengan agensi itu.

“Saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas kesudian semua yang datang menziarahi saya. Saya terharu atas tanda ingatan dan kasih sayang yang diberikan ini,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Ibu dua anak itu, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga pada 27 Okt 2023, selepas mengalami batuk berpanjangan dan mengalami masalah suara serak sejak pertengahan Ogos.

Beliau telah selesai menjalani rawatan kimoterapi sebanyak empat pusingan bermula 23 Nov tahun lepas dan masih dalam rawatan yang dipanggil terapi bersasar (kaedah makan ubat) untuk tempoh setahun, bermula pertengahan Februari tahun ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan