AM > BERITA

ADRAIN JEROME DILANTIK SEBAGAI AHLI JKA SPRM

08/05/2024 12:24 PM

PUTRAJAYA, 8 Mei (Bernama) -- Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun bermula 1 Feb lepas hingga 31 Jan 2027.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata lantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman yang meletakkan jawatan pada 4 Dis 2022, dan watikah pelantikan itu disampaikan kepada Adrain Jerome hari ini oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Adrain Jerome berkelulusan BA (Hons) International Relations Subsidiaries in Psychology and Environmental Protection & Pollution dari University of Keele, United Kingdom dan berpengalaman luas dalam aktiviti pencegahan jenayah sebagai Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kuala Lumpur.

Menurut SPRM, pelantikan JKA adalah selari dengan perundangan mengikut Seksyen 15 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang fungsinya untuk memantau pengendalian SPRM tentang aduan salah laku pegawai SPRM yang tidak bersifat jenayah.

JKA merupakan salah satu daripada lima badan pemantau bebas iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan Panel Penilaian Operasi (PPO).

JKA dipengerusikan oleh Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin dan ahlinya terdiri daripada Datuk Dr Tam Weng Wah, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal dan Datuk Ruziati Mior Ahamad Ariffin.

SPRM adalah agensi penguatkuasaan pertama di Malaysia yang mempunyai badan bebas yang bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan