AM > BERITA

MERAIKAN IBU HEBAT: KECEMERLANGAN KEIBUAN DAN KEUSAHAWANAN DI KEDAI TIKTOK

07/05/2024 09:59 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kedai TikTok, dalam semangat Hari Ibu, meraikan perjalanan luar biasa tiga ibu yang memberi inspirasi bukan sahaja dalam menyahut cabaran keibuan tetapi juga menjadi usahawan yang berjaya.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini Kedai TikTok berkata kisah Bella, Dr Raihana Ismail, dan Munirah menjadi bukti kepada kemungkinan tidak berkesudahan yang menanti mereka yang berani untuk mengimpi dan mengejar impian mereka.

Bella, tunjang di belakang @bellaschaofficial, memulakan perjalanan keusahawanannya semasa pandemik COVID-19 melanda dan menceburi dunia Kedai TikTok pada tahun 2022.

Mengkhususkan diri dalam penjualan telekung dan pakaian sembahyang Muslim tradisional, Bella menawarkan rangkaian unik reka bentuk yang menggabungkan estetika moden dengan tradisi abadi dan melalui strategi kreatif dan kandungan yang menarik, dia mengukir nic untuk dirinya dalam landskap kompetitif peruncitan dalam talian.

“Walaupun menghadapi beberapa rintangan di sepanjang perjalanannya, Bella telah memperoleh banyak pengajaran berharga di Kedai TikTok termasuk peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan iaitu memecahkan rekod dengan melakukan jualan melebihi RM300,000 dalam sebulan.

"Dengan keazaman di hati dan visi untuk masa depan, Bella teruja untuk meneruskan perjalanan keusahawanannya, bersedia menerima cabaran yang mendatang dan memberi inspirasi kepada orang-orang di sekelilingnya," mengikut kenyataan itu.

Seorang lagi wanita luar biasa yang membuat perubahan adalah Dr Raihana Ismail, atau dikenali sebagai Dr Rai yang bukan sahaja seorang usahawan yang berjaya tetapi juga seorang peguam bela yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan wanita.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Efferty International Sdn Bhd, Dr Raihana telah menjadi tokoh terkemuka dalam bidang kesuburan dan kesejahteraan.

“Perjalanannya di Kedai TikTok bermula dengan misi untuk menyokong ibu-ibu dalam perjalanan mereka untuk mengandungkan bayi dan melalui Kedai TikToknya, Dr. Raihana berkongsi kepakarannya dan menawarkan produk yang direka untuk membantu kesihatan wanita, memberi inspirasi untuk membangunkan komuniti yang kuat dan berdaya tahan.

"Dengan matlamat untuk mencapai 1 juta 'bayi Efferty', Dr Raihana kekal komited untuk memperkasakan ibu-ibu dan membantu mereka mencapai impian untuk menjadi seorang ibu," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Munirah, tonggak utama di belakang Muny Munch Bakery dan seorang ibu yang penyayang, memulakan perjalanannya selepas memperoleh pengalaman berharga melalui pekerjaannya sebagai penganalisis kewangan.

Diilhamkan oleh resipi brownies ibunya yang lazat, Munirah melihat peluang dalam mengubah minatnya untuk membuat kueh menjadi perniagaan yang berkembang maju.

"Dengan kemunculan ciri ‘TikTok Live’, dia mengiktiraf bahawa platform tersebut sebagai tempat yang sempurna untuk mempamerkan browniesnya kepada khalayak ramai.

“Mengimbangi tuntutan keusahawanan dan tanggung jawab sebagai seorang ibu bukanlah perkara mudah, tetapi komitmen Munirah memastikan bahawa keperluan anak-anaknya sentiasa dipenuhi,” menurut kenyataan itu.

Momen paling membanggakan Munirah di Kedai TikTok adalah apabila kerja kerasnya membuahkan hasil yang mengagumkan dengan berjaya mencatat jualan RM177,000 setiap bulan.

Menerusi pengalamannya, Munirah telah mempelajari betapa pentingnya ketabahan dan mengekalkan hala tuju pada matlamatnya dan sewaktu dia terus membina perniagaan dan menjaga keluarganya, Munirah tetap teguh dalam usaha mencapai kejayaan, secara peribadi dan profesional.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan