AM > BERITA

KERJA PEMBERSIHAN POKOK TUMBANG DIJANGKA SELESAI MALAM INI - DR ZALIHA

07/05/2024 08:24 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini petang tadi, dijangka selesai malam ini.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata setakat ini laluan tersebut ditutup kepada kenderaan bagi kerja pembersihan dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Buat masa ini kita telah menutup jalan dan arahkan kenderaan untuk menggunakan laluan lain...dijangkakan hingga malam ini baru selesai proses pembersihan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata kebanyakan pokok di sekitar Kuala Lumpur sudah berusia 50 hingga 80 tahun dan pihaknya dimaklumkan pemantauan terhadap pokok berkenaan dilakukan syarikat swasta yang berdaftar dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur setiap dua tahun.

“Mungkin ada keperluan untuk melihat garis panduan kepada pemuliharaan (pokok) sekitar Kuala Lumpur bagi mengelak kecelakaan pada masa depan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, seorang lelaki tempatan maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan