AM > BERITA

SEORANG MAUT, SEORANG CEDERA DALAM KEJADIAN POKOK TUMBANG HEMPAP 17 KENDERAAN

07/05/2024 04:58 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam satu kejadian pokok tumbang yang menghempap 17 kenderaan, akibat hujan lebat dan angin kuat di Jalan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 2.19 petang dan seramai 27 pegawai dan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat sebatang pokok tumbang di atas jalan raya telah menghempap 17 buah kenderaan dan landasan monorel. Insiden tersebut turut mengakibatkan kerosakan fasiliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan.

“Dua mangsa telah dikeluarkan iaitu, mangsa pertama seorang lelaki berumur 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala mangsa kedua, seorang lelaki berumur 26 tahun mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak paramedik KKM di lokasi,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan