AM > BERITA

KARNIVAL TEKUN MADANI SEMPENA PESTA KAAMATAN DI KUALA PENYU

06/05/2024 04:23 PM

KOTA KINABALU, 6 Mei (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menganjurkan Karnival TEKUN MADANI dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sempena sambutan Pesta Kaamatan di Kuala Penyu pada 10 hingga 12 Mei ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata sempena Pesta Kaamatan itu, agensi di bawah KUSKOP akan turut mengadakan reruai dan kaunter perkhidmatan, termasuk memberi penerangan mengenai keusahawanan dan koperasi.

“Pada karnival ini juga, kita akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berharap orang ramai yang mengunjungi karnival itu, mengambil peluang mendapatkan maklumat pembangunan keusahawanan, terutama pembiayaan, geran, latihan dan, promosi antarabangsa yang disampaikan oleh agensi-agensi di bawah KUSKOP.

“Saya berharap melalui inisiatif ini, sambutan Pesta Kaamatan bukan setakat acara kebudayaan tetapi juga menjadi platform membina dan membangunkan gerakan keusahawanan dan koperasi negara,” katanya menambah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijadual merasmikan karnival itu pada 11 Mei.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan