AM > BERITA

TALENTBANK PERKENAL PANDUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2024 UNTUK LEPASAN SEKOLAH

07/05/2024 09:50 AM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Talentbank, yang komited untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah dan menghubungkan ahli akademik dengan industri telah memperkenalkan Panduan Universiti 2024 yang dinanti-nantikan oleh bakal mahasiswa.

Panduan ini menawarkan perspektif yang tidak ternilai mengenai institusi yang menjadi pilihan majikan untuk meningkatkan prospek pekerjaan apabila mahasiswa menamatkan pengajian mereka.

Talentbank dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pandangan yang diberikan diperoleh daripada analisis komprehensif Indeks Kebolehkerjaan Siswazah Nasional Talentbank (Talentbank’s GE Index), yang menilai kebolehpasaran siswazah di seluruh Malaysia.

Menerusi pandangan daripada lebih 700 majikan terkemuka seperti Intel, TDCX, Ant International dan Huawei, Indeks GE Talentbank bertindak sebagai kompas untuk menunjuk arah belia mengenai laluan kerjaya mereka.

“Ia membantu dalam menentukan pemilihan bidang pengajian yang sesuai dan universiti berprestij, memberi harapan kepada kedua-dua belia dan ibu bapa mereka tentang universiti pilihan pemimpin industri.

"Inisiatif strategik ini dijangka dapat meningkatkan kebolehpasaran siswazah negara dengan ketara, menyediakan mereka untuk peranan permintaan tinggi yang menawarkan gaji menarik,"menurut Talentbank.

Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank Ben Ho berkata syarikat itu komited untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kelengkapan penting yang diperlukan untuk mengemudi laluan kerjaya yang berjaya.

“Inisiatif ini penting dalam visi kami, menonjolkan universiti yang memacu pelajar dalam pasaran kerja antarabangsa masa depan.

“Bukan sekadar perjalanan akademik, ia bertujuan untuk mengukir laluan ke arah kerjaya yang memberi ganjaran, dengan matlamat utama untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah Malaysia, kesediaan kerjaya, dan daya saing pada skala global,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa indeks itu, yang menggunakan metodologi tiga pihak yang unik, memberikan pandangan holistik tentang sejauh mana pihak universiti mempersiapkan mahasiswa untuk memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja.

“Metodologi ini merangkumi tiga aspek utama iaitu mengenal pasti universiti yang biasanya lepasanya digaji oleh majikan, melihat bilangan siswazah yang diambil bekerja dari setiap universiti dan menilai kekerapan pengambilan berulang berdasarkan prestasi positif,” katanya.

Ben berkata Indeks GE Talentbank berfungsi sebagai alat perancangan kerjaya yang komprehensif, bertujuan untuk mengurangkan pengangguran siswazah dengan ketara di Malaysia dengan menyelaraskan hasil pendidikan dengan permintaan pengambilan pekerja pasaran.

Indeks GE Talentbank ialah pusat penyelidikan dan perundingan bebas dan Pusat penyelidikan politik yang mahir dalam bidang kebolehkerjaan siswazah.

Penyelidikan itu melibatkan beribu-ribu majikan pilhan siswazah di seluruh sektor industri utama untuk memahami trend pekerjaan dalam kalangan siswazah.

Untuk maklumat lanjut tentang Indeks GE Talentbank, sila lawati https://www.talentbankgroup.com/eca.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan