AM > BERITA

TRAGEDI HELIKOPTER BERTEMBUNG: AHMAD ZAHID UCAP TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA

23/04/2024 06:31 PM

PUTRAJAYA, 23 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi dua helikopter bertembung di Lumut, Perak pagi tadi. 

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga berharap mereka diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kejadian tersebut.

“Saya ingin menzahirkan perasaan dukacita atas insiden yang berlaku, pastinya peristiwa ini bukan sahaja memberi kesan mendalam terhadap ahli keluarga mangsa tetapi juga menyentuh hati dan perasaan seluruh rakyat Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid turut berharap orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga selain boleh mengganggu proses penyiasatan.

Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi itu yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.

Difahamkan nahas itu berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan