AM

LETUSAN GUNUNG RUANG : BEBERAPA PENERBANGAN AIRASIA KEMBALI BEROPERASI

18/04/2024 07:26 PM

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) -- Ketika hampir kesemua penerbangan terjejas berikutan letusan Gunung Ruang, Indonesia, penerbangan tambang murah AirAsia telah mengoperasikan semula beberapa penerbangan yang dijadualkan berlepas dan tiba di Sabah dan Sarawak hari ini.

AirAsia dalam satu kenyataan memaklumkan 19 penerbangan yang operasikan semula antaranya melibatkan laluan Bintulu, Kuching, Sibu, Johor Bahru dan Kota Bharu.

 

Berikut senarai penerbangan yang dioperasikan semula:

 

AK5242 (KUL-BTU)

AK5243 (BTU-KUL)

AK5218 (KUL-KCH)

AK5219 (KCH-KUL)

AK5874 (KUL-SBW)

AK5875 (SBW-KUL)

AK5234 (KUL-KCH)

AK5211 (KCH-KUL)

AK5037 (JHB-SBW)

AK5038 (SBW-JHB)

AK5229 (KCH-KUL)

AK5228 (KUL-KCH)

AK6460 (KCH-SBW)

AK6461 (SBW-KCH)

AK5507 (KCH-KBR)

AK5508 (KBR-KCH)

AK1776 (SIN-KCH)

AK6057 (BTU-KCH)

AK5232 (KUL-KCH)

 

Kenyataan itu memaklumkan AirAsia telah memaklumkan kesemua penumpang yang terlibat dan mereka yang mengembara ke atau dari kawasan terjejas digalakkan untuk menyemak e-mel berdaftar dan nombor telefon mereka untuk notifikasi pembatalan.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bo Lingam berkata penumpang boleh meminda penerbangan mereka, dengan membuat perubahan sekali sahaja kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu untuk laluan yang sama, dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal, tanpa kos tambahan dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

“Mereka juga boleh mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam akaun keahlian AirAsia Rewards untuk perjalanan akan datang dengan AirAsia, yang perlu ditebus dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pengeluarannya.

“AirAsia akan terus memantau keadaan letusan Gunung Ruang dan akan memberikan maklumat tambahan mengenai perkembangan terkini,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan