AM

SABAH PANTAU KESAN LETUSAN GUNUNG RUANG, KESELAMATAN RAKYAT DIUTAMAKAN - HAJIJI

18/04/2024 05:11 PM

KOTA KINABALU, 18 April (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji dalam satu kenyataan di sini berkata beliau telah diberi taklimat mengenai situasi letusan gunung berapi itu dan akan sentiasa memberi keutamaan dalam memantau keadaan dan keselamatan orang ramai.

Lebih 20,000 penumpang dipercayai terjejas berikutan penggantungan semua penerbangan berjadual keluar masuk dari lapangan terbang di Kota Kinabalu, Labuan, Tawau dan Sandakan hari ini, menurut kenyataan itu.

Beberapa penerbangan Malaysia Airlines dan Air Asia yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabah, dan Sarawak dibatalkan hari ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.

Malaysia Airlines setakat ini mengumumkan 19 penerbangan telah dibatalkan, dengan 11 penerbangan membabitkan Sabah, manakala lapan lagi membabitkan Sarawak.

Air Asia berkata 16 daripada penerbangannya yang menghubungkan KLIA dengan destinasi di Sabah dibatalkan, lapan membabitkan Kota Kinabalu dan lapan lagi membabitkan Tawau.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan