AM

DUA REMAJA MAUT KEMALANGAN SELEPAS DIPERCAYAI TIDAK PATUH LAMPU ISYARAT

17/04/2024 07:14 PM

IPOH, 17 April (Bernama) -- Dua remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian pada pukul 10.38 malam itu menyebabkan kedua-dua remaja berumur 17 dan 18 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kedua-dua remaja yang datang dari Chemor itu dipercayai tidak mematuhi lampu isyarat semasa melalui persimpangan, sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Kedua-dua remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu kereta yang berumur 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk proses bedah siasat.

Abang Zainal Abidin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta mana-mana individu yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan