BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
AM

Petronas tandatangani IBR, perkukuh azam jadi organisasi bebas rasuah

06/08/2022 01:56 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 1,802 entiti termasuk syarikat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kementerian telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sehingga kini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Tan Sri Azam Baki berkata Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menjadi syarikat terbaharu menandatangani IBR dalam usahanya memperkukuh azam menjadi sebuah organisasi bebas rasuah.

Beliau berkata PETRONAS telah berjaya menzahirkan inisiatif antirasuah dan pematuhan secara keseluruhan terhadap kesemua arahan yang telah dikeluarkan kerajaan.

“Ia seperti penubuhan Unit Integriti dan Tadbir Urus (IGU) dan perlaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).

“Pematuhan kepada semua inisiatif ini merupakan elemen penting dalam memastikan sesebuah organisasi telah memperolehi tatacara yang mencukupi selaras dengan peruntukan liabiliti korporat," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Majlis membaca dan menandatangani IBR itu diketuai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dengan disaksikan Azam serta Pengerusi Lembaga Pengarah PETRONAS Tan Sri Bakke Salleh.

-- BERNAMA

 



 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan