BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
AM

Sultan Selangor titah Persiaran Institut ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub

23/06/2022 04:59 PM

SHAH ALAM, 23 Jun (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar nama Persiaran Institut di Seksyen 1, Shah Alam ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub, bersempena nama Pengarah pertama Institut Teknologi MARA yang kini dikenali Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Istana Alam Shah memaklumkan titah Sultan Selangor itu telah diluluskan dan dikuatkuasakan serta merta oleh kerajaan negeri Selangor menerusi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Pertukaran nama persiaran ini merangkumi jalan sepanjang 1.62 kilometer yang bermula dari Bulatan Bistari Seksyen 2 (di hadapan pintu masuk utama UiTM) hingga persimpangan lampu isyarat (berhampiran Universiti Selangor) Seksyen 7, Shah Alam,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, penukaran nama persiaran tersebut adalah bagi mengenang jasa Allahyarham Arshad yang juga tokoh pendidikan negara dihormati dan disegani serta banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi di negara ini khususnya pembangunan UiTM.

Allahyarham Arshad telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Jun lepas di usia 93 tahun.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan