BERITA COVID–19   Hampir 13.2 juta kanak-kanak di AS dijangkiti COVID-19 | Filipina kesan jangkitan tempatan subvarian Omicron BA.2.12.1  | 30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19 | Kes baharu COVID-19 meningkat 119 peratus minggu lepas - KP Kesihatan | Singapura lapor 3 kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5 | 
AM

McDonald's iktiraf 25 guru luar biasa menerusi Anugerah Guru Inspirasi 2022

14/05/2022 07:11 PM

BACHOK, 14 Mei (Bernama) -- Seramai 25 guru dari seluruh negara dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 hari ini sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan bagi mengiktiraf pencapaian luar biasa dan jasa mendidik pelajar dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia Melati Abdul Hai berkata setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas hakiki demi mendidik murid-murid.

"Walaupun negara dilanda penularan wabak COVID-19 ketika ini, namun ia tidak menghalang McDonald's untuk menganjurkan anugerah buat kali keenam ini sejak tahun 2017, bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan para guru.

"Lebih daripada 5,600 pencalonan diterima sejak penyertaannya mula dibuka pada 10 Mac hingga 2 April lalu dan beberapa aspek kriteria telah dinilai oleh para juri, seperti usaha dan inisiatif yang dilakukan mereka sendiri ketika mengajar para pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini hari ini.

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Mengulas lanjut, Melati berkata setiap 25 pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi dan sijil pengiktirafan sempena sambutan Hari Guru tahun ini, manakala pencalon menerima baucer McDonald's bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan