BERITA COVID–19   Thailand rancang kurangkan tempoh kuarantin | Pemain utama sektor pelancongan di P. Pinang sudah bersiap sedia | Satu lokaliti di Sabah, dua di Pahang dikenakan PKPD mulai Sabtu - MKN | Pahang benar jemaah belum terima vaksin solat di masjid, surau | Program PICK berjaya turunkan kes baharu COVID di Malaysia - Pengarah NIH | 
AM

Pengembara tersesat di Denai Merinding Labuan berjaya diselamatkan

14/09/2021 01:02 AM

LABUAN, 13 Sept  -- Anggota penyelamat berjaya menemukan dan membawa pulang sembilan sekeluarga yang sesat semasa melakukan aktiviti kembara di MTB Park, Bukit Merinding di sini hari ini.

Keluarga itu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sesat semasa melalui Denai Kembara Merinding Labuan, kira-kira 6 petang tadi semasa cuaca buruk dengan hujan lebat dan ribut petir serta keadaan yang gelap.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Ismaidi Ismail berkata pengembara sekeluarga itu dikenali sebagai Nizam Laile Suriani, 36; Siti Nurlina, 27; Khairul Nazmi, 27; Muhammad Adib Akil, tiga; Hanif Ikhwan Azwan, lapan; Muhammad Fitri Azami, sembilan; Muhammad Faiz Hazimi, 12; Muhammad Faris Hakimi, 15; dan Adam Mukhriz, 15.    

Beliau berkata selain daripada Siti Nurlina yang mengalami kekejangan di kaki, kesemua mereka dalam keadaan selamat.

Ismaidi berkata pihaknya menggerak sepasukan lapan anggota untuk mencari pengembara yang sesat itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada mereka kira-kira pukul 6.34 petang.

 "Kami memulakan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 6.54 petang dan menemukan semua pengembara itu setengah jam kemudian termasuk seorang wanita yang tidak mampu berjalan.

Pasukan kami terpaksa menggunakan tandu (strecther)sebagai langkah menyelamat  sementara yang lain pulang dengan selamat," katanya kepada Bernama malam ini.

Beliau berkata pengembara berjalan kaki berkenaan tidak dapat mencari jalan balik selepas mereka terkeliru dengan tiga simpang yang ada di denai itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan