BERITA COVID–19   COVID: Lelaki 44 tahun kematian terbaharu di Singapura | Program turun padang, lembutkan warga emas terima vaksin | Mulai Selasa, hanya individu positif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR dimasukkan ke PKRC Kelantan | MAECC gesa kerajaan percepat kelulusan penggunaan Ivermectin untuk rawat COVID-19 | COVID: 398,846 kes sporadik direkodkan sejak 1 Jan hingga 19 Jun | 
AM

Sarawak terima 380,000 dos vaksin Sinovac - Uggah

09/06/2021 07:21 PM

KUCHING, 9 Jun  -- Sarawak dapat melaksanakan program imunisasi COVID-19 secara lebih menyeluruh dengan ketibaan sejumlah 380,000 dos vaksin jenama Sinovac hari ini , kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata bekalan vaksin itu diterbangkan khas menggunakan pesawat MASkargo yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini pada jam 12. 20 tengah hari tadi.

Katanya, sejak beberapa bulan lalu, kerajaan negeri melakukan perancangan menyeluruh untuk menggunakan sepenuhnya peningkatan bekalan vaksin.

 Menurutnya, rancangan tersebut temasuk menubuhkan lebih banyak pusat vaksinasi di fasiliti kerajaan, klinik dan hospital swasta serta menubuhkan pasukan bergerak vaksin untuk memasuki kawasan pedalaman di negeri itu.

“Kami mengenal pasti 130 klinik dan hospital kerajaan dengan keupayaan vaksinasi harian dijangka mencecah 24,300 dos serta penubuhan 102 pusat vaksinasi awam melibatkan stadium, dewan masyarakat, pejabat dan rumah panjang dengan sasaran harian 42,500 dos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas penglibatan sektor swasta dalam proses imunisasi, Uggah berkata kerajaan mendapat khidmat 42 klinik swasta memberi suntikan vaksin dengan 40 klinik sudah memberi perkhidmatan tersebut dan lebih banyak klink dalam proses pendaftaran.

“Bagi hospital swasta, enam lagi ditambah kepada lima yang sudah mula memberi suntikan vaksin. Secara keseluruhan, kapasiti pemberian vaksin menerusi hospital swasta adalah antara 5,000 hingga 7,000 dos sehari,” katanya.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan