BERITA COVID–19   Hospital Sungai Buloh sedia kontena khas simpan jenazah pesakit COVID-19 | Pengarah filem dikompaun RM10,000 jalankan penggambaran di tempat awam | JAIS kesan pelanggaran SOP PKP di beberapa masjid, surau | Larangan rentas daerah Sabah dilaksana semula 27 Mei - Masidi | COVID-19: Perkhidmatan kesihatan Sarawak lumpuh jika varian India menular | 
AM

Penafian berita palsu tular 17 April - KKMM

17/04/2021 09:34 PM

KUALA LUMPUR, 17 April -- Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 3 petang tadi.

 

  1. Ketua Polis Daerah Kajang, Selangor, Asisten Komisioner Polis Mohd Zaid Hassan menafikan dakwaan kononnya punca kematian anggotanya yang bertugas di BSPTD Kajang adalah akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin COVID-19 seperti yang tular di media sosial. Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa pihaknya masih menunggu hasil keputusan bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Kajang. Orang ramai disaran agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kerisauan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan