BERITA COVID–19   MOSTI diminta tangguh umum maklumat yang diperoleh daripada HIDE | PKP beri impak bekalan darah di Sabah | Situasi COVID-19 di Besut membimbangkan, penduduk dinasihat had pergerakan, patuh SOP | Varian baharu COVID-19 bawa gejala lebih teruk - KP Kesihatan | COVID-19: Ketua Pemuda PAS Selangor tidak kritikal - DPPNS | 
AM

Yayasan Aids Malaysia anjur larian maya bersempena Hari Peringatan Aids Antarabangsa

16/04/2021 09:01 PM

KUALA LUMPUR, 16 April -- Yayasan AIDS Malaysia (YAM) akan menganjurkan larian maya bersempena Hari Peringatan AIDS Antarabangsa yang disambut pada 23 Mei ini.

Menurut kenyataan YAM hari ini, penganjuran buat julung kali itu yang diadakan dengan kerjasama Durex, bertujuan mengutip dana bagi Program Rawatan, Penjagaan dan Sokongan untuk Orang yang Hidup dengan HIV (PLHIV) di Malaysia.

Pendaftaran dibuka mulai hari ini hingga 23 Mei menerusi aplikasi mudah alih BookDoc yang boleh dimuat turun melalui App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

“Tempoh larian ialah selama sebulan hingga 23 Jun. Peserta dikehendaki berlari sebanyak 200,000 langkah bersama aplikasi BookDoc untuk mengesan pencapaian mereka," demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengerusi YAM Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata sokongan terhadap larian maya tersebut membuktikan kepentingan semangat komuniti yang memainkan peranan penting dalam menentang diskriminasi dan memastikan kesejahteraan  PLHIV. 

Katanya peserta boleh memeriahkan lagi program itu  menerusi media sosial masing-masing dengan penggunaan tanda pagar #DurexMAF #DurexIAMD2021 #IAMD2021VirtualRun #IAMDAlwaysinOurHearts dan #MalaysianAIDSFoundation.

-- BERNAMA



 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan