KUCHING, 14 Jan -- Seorang bayi berusia lapan bulan yang mempunyai masalah jantung berlubang antara mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Haji Kamaruddin, dekat Kampung Segedup, di sini.
Nur Hidayah Ahmat Opong yang lengkap memakai alat bantuan pernafasan ditemani ibu dan bapanya merupakan keluarga pertama yang mendaftar masuk ke pusat penempatan berkenaan pada jam 3 petang semalam.
Ibunya, Nurul Iman Abdullah, 39, berkata ketika membuat keputusan untuk berpindah sementara di PPS berkenaan, beliau hanya memikirkan keselamatan anak ketiganya itu walaupun rumah yang didiami mereka belum dinaiki air.
“Rumah kami terletak betul-betul di sebelah sungai, jadi melihat kepada hujan yang sangat lebat dan tidak berhenti, saya dan suami nekad untuk meninggalkan rumah sebelum keadaan bertambah buruk,” katanya kepada Bernama hari ini.
Setakat jam 4 petang ini, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Kampung Segedup merekodkan seramai 63 orang daripada 15 buah keluarga.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut meluangkan masa melawat mangsa banjir di pusat berkenaan kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Menurut laporan terbaharu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 3,387 orang mangsa banjir di enam daerah di negeri ini telah ditempatkan di 46 PPS, setakat jam 4 petang tadi.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta