GEORGE TOWN, 13 Jan -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia berjumpa dengan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di mahkamah berhubung isu caj air mentah.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang akan mempertahankan hak riparian sumber air negeri itu.
Beliau berkata Sungai Muda bukan milik eksklusif Kedah sebaliknya sebahagian sungai itu adalah ‘milik’ Pulau Pinang dan Menteri Besar Kedah tidak mempunyai asas untuk menuntut pembayaran daripada Pulau Pinang kerana mengabstrak air mentah dari Sungai Muda.
"Kami bersedia berjumpa dengan Menteri Besar Kedah di mahkamah sekiranya pihak tersebut ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap isu caj air mentah yang dibangkitkan sebelum ini," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya fakta bahawa Sungai Muda mengalir melalui Pulau Pinang didokumentasikan dalam Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 (Akta 325) dan termaktub sebagai Akta dalam Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Kedah dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta