Oleh Massita Ahmad
SINGAPURA, 10 Jan -- Dua rakyat Malaysia termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang tiba dari Austria merupakan antara 42 kes import COVID-19 yang dilaporkan di Singapura hari ini.
Dilabelkan sebagai Kes 59,155, pemegang pas tanggungan itu yang tidak bergejala didapati ujian serologikalnya positif, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu menerusi data penuh yang dikeluarkan di sini malam ini.
Kes kedua pula melibatkan wanita Malaysia berusia 35 tahun yang merupakan pemegang permit kerja.
Dilabelkan sebagai kes 59,145, kementerian itu memaklumkan wanita itu yang tidak bergejala tiba dari Malaysia.
Sementara itu, dua warga Singapura yang kembali dari Malaysia juga didapati positif COVID-19.
Setakat tengah hari Ahad, republik itu melaporkan sejumlah 42 kes baharu, kesemuanya import menjadikan jumlah keseluruhan kepada 58,907 kes.
Daripada jumlah kes baharu itu, kementerian memberitahu 40 tidak menunjukkan gejala dan dikesan daripada pengawasan dan saringan aktif, manakala dua kes lagi bergejala.
Kesemua mereka dikenakan notis duduk di rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta