Isnin, 18 Januari 2021
06/01/2021 11:58 AM

KUALA LUMPUR, 6 Jan -- Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menafikan pihaknya mengeluarkan arahan supaya orang awam yang telah mengunjungi Cameron Highlands menjalani ujian pengesanan COVID-19 seperti yang tular menerusi media sosial.

JKN Pahang menjelaskan bahawa Notis Perintah Tutup Premis yang dimaksudkan sebenarnya dikeluarkan bagi pelaksanaan aktiviti nyahkuman premis perniagaan di samping aktiviti pengesanan kontak rapat juga telah dilakukan selepas satu kes positif dikesan di daerah tersebut.

JKN Pahang menasihati orang ramai untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dengan menghubungi Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) di talian 09-5707985 / 7988 atau melalui e-mel cprc_pahang@moh.gov.my untuk sebarang pertanyaan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kesahihan produk minuman sebagai penawar COVID-19 seperti yang tular dalam media sosial.

Sehubungan itu, KKM menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual produk kononnya boleh menjadi penawar kepada virus COVID-19.

-- BERNAMA

-- BERNAMA

 

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan