Ahad, 17 Januari 2021
AM
05/01/2021 09:43 PM

KUANTAN, 5 Jan -- Sebanyak 17 loji rawatan air (LRA) di tujuh daerah di Pahang terpaksa ditutup ekoran banjir, menurut Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

PAIP menerusi kenyataan di sini hari ini memaklumkan secara keseluruhan 26 LRA terjejas akibat banjir, namun sembilan daripadanya sudah mula beroperasi mulai jam 11 pagi tadi.

"LRA yang masih ditutup melibatkan loji dalam Raub, Lipis, Maran, Bentong, Bera, Jerantut dan Temerloh.

"Ia ekoran peningkatan paras sungai dan bekalan elektrik yang terputus," menurut kenyataan itu.

Bagi membantu penduduk, PAIP telah menghantar lori tangki ke kawasan yang terjejas, khususnya di pusat pemindahan sementara selain turut mengagihkan air minuman kepada orang ramai.

PAIP turut menerima bantuan tambahan lori tangki melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) daripada operator air negeri termasuk dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

-- BERNAMA

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan