Selasa, 24 November 2020
AM
22/11/2020 09:30 PM

KOTA KINABALU, 22 Nov -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah mempunyai 244 kenderaan yang sedia untuk digunakan bagi tujuan bantuan logistik COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang merupakan jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata daripada jumlah itu, 63 kenderaan digunakan untuk membawa pesakit COVID-19, manakala 12 kenderaan bagi menghantar bakul makanan ke lokasi sasaran.

“Baki 169 kenderaan pelbagai jenis bersedia digerakkan jika perlu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Masidi berkata kerajaan negeri telah mengagihkan 208,341 bantuan bakul makanan kepada golongan sasar di seluruh daerah, setakat ini.

Sementara itu, Masidi berkata rakyat Sabah dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan dengan kadar segera sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif COVID-19.

Kerjasama semua pihak amat penting bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian, katanya.

Mengulas perkembangan wabak itu di Sabah, Masidi berkata 311 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini dan tiga kematian dilaporkan masing-masing di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan