Sabtu, 28 November 2020
AM
22/11/2020 06:15 PM

KOTA BHARU, 22 Nov -- Polis Kelantan mendapati pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan bermula semalam, masih ramai penduduk negeri ini mendakwa masih tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata keadaan itu mungkin disebabkan pengumuman PKPB dilakukan pada hari cuti umum di Kelantan.

Katanya, berikutan pelaksanaan perintah tersebut, rakyat negeri ini perlu mendapatkan surat kebenaran daripada majikan, surat rentas daerah daripada pihak polis dan lain-lain sebelum memulakan sebarang perjalanan merentas daerah atau negeri.

Beliau berkata, pihak polis juga menyarankan supaya mereka sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan bersabar ketika melalui sekatan jalan raya yang mungkin akan mengambil sedikit masa. 

"Pihak polis terpaksa membuat pemeriksaan ke atas setiap kenderaan yang hendak rentas daerah bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“PDRM juga menyediakan lorong khas kepada petugas hadapan dan kecemasan dalam setiap sekatan jalan raya yang dilakukan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan