Sabtu, 05 Disember 2020
AM
21/11/2020 05:37 PM

TAWAU, 21 Nov -- Kerajaan negeri menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta atau pihak persendirian dengan kemampuan untuk turut bersama membantu penduduk terjejas susulan COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan memberitahu pemberita di sini hari ini peranan pihak terbabit diperlukan dan sentiasa dialu-alukan kerajaan negeri bagi meringankan beban penduduk.

Menurut Nizam, pihaknya menerima 1,200 bakul makanan daripada tiga syarikat korporat iaitu TSH Resources Berhad, Bumitech Auto Parts Sdn Bhd dan Armada Maritim Services Sdn Bhd yang akan diagihkan kepada penduduk termasuk 400 rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Bukit Tawau di sini.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Bumitech Auto Parts Sdn Bhd Muhammad Shahnon Basir berkata pihaknya menyumbangkan 200 bakul makanan hari ini dan sebelum itu lebih 400 bakul disalurkan kepada pihak yang tercicir menerima bantuan.

Sebelum ini, Muhammad Shahnon berkata pihaknya melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sejak 2018 dalam skala kecil dengan menyasarkan bantuan kepada lima hingga 10 keluarga pada setiap bulan.

"Memandangkan sumbangan pada hari ini berskala besar pihak syarikat membuat keputusan pengagihan bantuan melalui pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, misalnya hari ini Apas," katanya dan menambah selepas ini syarikat akan menyasarkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di DUN Balung.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan