Ahad, 25 Oktober 2020
18/10/2020 11:05 PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt  -- Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) malam ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan hantaran melalui media sosial oleh seorang yang dikenali sebagai KakNa yang mendakwa seorang isteri rakan kepada suaminya yang balik dari Sabah sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan virus COVID-19 walaupun telah dua kali negatif ujian calitan.

KKM menegaskan dakwaan virus dari Sabah lebih bahaya kerana hanya dapat dikesan setelah menyerang sistem pernafasan adalah tidak benar dan menasihati orang ramai agar berhenti berkongsi mesej tersebut.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan