Rabu, 28 Oktober 2020
AM
18/10/2020 10:28 PM

LABUAN, 18 Okt  -- Tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan, yang mengajar sesi petang di Blok K (Fasih 3) dari 1 hingga 16 Okt ini serta semua pelajar sesi tersebut diminta menjalani ujian saringan COVID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata ini susulan kes positif COVID-19 melibatkan seorang pelajar sekolah tersebut.

“Sekiranya peringatan (ujian COVID-19) dikeluarkan (kepada sekolah atau individu), ia bermakna wujud kes positif jangkitan virus itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jabatan Kesihatan Labuan telah mengeluarkan peringatan kepada pihak sekolah berkenaan Jumaat lalu dan ujian itu dijadual hari berikutnya  atau secepat mungkin dan maklumat itu dikongsi dengan ibu bapa dan orang awam.

Terdahulu, dilaporkan dua pelajar dari SMK Mutiara dan kluster Bah Bangat diikuti seorang pelajar SMK Pantai dan seorang murid Sekolah Kebangsaan Kerupang dijangkiti COVID-19.

Ketiga-tiga sekolah tersebut diarah ditutup sementara untuk tujuan pembersihan dan kerja pembasmian kuman sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan semula.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan