Ahad, 25 Oktober 2020
AM
16/10/2020 11:33 PM

JOHOR BAHRU, 16 Okt -- Seorang ketua kampung adalah antara lima lelaki yang ditahan ketika sedang menikmati air ketum dalam dua serbuan berasingan di Felda Bukit Batu, Air Bemban dekat Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata ketua kampung berkenaan ditahan bersama tiga lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah pondok wakaf manakala seorang lelaki warga Myanmar ditahan di sebuah rumah di Jalan Klinik.

Katanya, hasil maklumat diperolehi, serbuan dilakukan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai dan Balai Polis Air Bemban pada pukul 11.30 malam dan menahan suspek berusia antara 25 hingga 52 tahun.

“Hasil pemeriksaan terhadap mereka yang ditahan, kami menemui satu botol minuman berisi 0.5 liter disyaki air ketum dan sembilan paket lutsinar disyaki air ketum dengan setiap satu paket berisi satu liter,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kelima-lima mereka direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum empat tahun dan denda tidak melebihi RM10,000.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan