Jumaat, 23 Oktober 2020
AM
11/10/2020 09:07 AM

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter, melanda sempadan rantau Myanmar-India, pada pukul 1.38 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 307 kilometer (km) timur dari Narsingdi, Bangladesh, pada kedalaman 53 km.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Jabatan Metereologi Malaysia mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang dijangka berlaku berhampiran perairan Sabah.

Berdasarkan percerapan pada pukul 8 malam semalam, Lekukan Tropika itu dikesan terbentuk kira-kira 755 km ke timur laut Ho Chi Minh, Vietnam.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan